Monday, March 8, 2010

Zihar : Amalan Masyarakat Jahiliah

Peristiwa zihar telah berlaku pada zaman Rasulullah saw. Dalam banyak riwayat disebutkan bahawa wanita itu bernama Khaulah binti Malik b. Tsa´labah telah diperlakukan secara ‘zihar’ oleh suaminya iaitu Aus ibn Shamit dengan mengatakan kepada isterinya: “Kamu bagiku seperti belakang/punggung ibuku” dengan maksud dia tidak boleh dan tidak akan menggauli isterinya kembali, sebagaimana ia tidak boleh menggauli ibunya. Menurut adat Jahiliyah pada waktu itu, ungkapan zihar secara hukum adalah sama dengan mentalak isteri. Setelah menyesal atas ucapannya, 'Aus mengajak isterinya bersetubuh tetapi ditolak oleh isterinya. Bagi menyelesaikan masalah yang berlaku, Khaulah telah mengajukan masalah tersebut kepada Rasulullah s.a.w untuk meminta kepastian hukum tentang perilaku suaminya tersebut. Rasulullah menjawab bahawa dalam hal persoalan ini belum ada keputusan daripada Allah swt sehingga Rasulullah mengatakan: “Engkau telah diharamkan bersetubuh dengan dia”. Khaulah kembali menyampaikan persaoalannya: “Suamiku belum mengeluarkan kata-kata talak”. Berulang kali Khaulah mendesak Rasulullah supaya menetapkan suatu keputusan hukum tentang persoalan yang dihadapinya. Maka turunlah ayat ini dan ayat-ayat berikutnya yang menjelaskan secara terperinci hukum yang berkaitan zihar (surah al-Mujadalah, 58;2).


4 comments:

  1. Adakah ini bermakna "ZIHAR" sama maksud dengan TALAK?

    -Nazreen

    ReplyDelete
  2. zihar tidak sama dgn talak.apb. suami mlafazkan zihar, talak tidak berlaku. suami dan isteri masih bersama. tetapi terdapt kesan. kesannya ialah si suami dan isteri tidak boleh melakukan persetubuhan sehingga si suami membayr kifarah.rujuk tajuk kifarah.puas hati?TQ

    ReplyDelete
  3. nota yang bagus.
    saya harap berdasarkan nota yang ustaz beri
    boleh saya gunakan pada peperiksaan akan datang.

    ReplyDelete
  4. MGM Grand Hotel and Casino - TripAdvisor
    MGM 의왕 출장샵 Grand 안양 출장마사지 Hotel and Casino is a perfect venue for those seeking a quiet, 속초 출장안마 relaxed, and fun vacation. Guests can expect very little from Grand  Rating: 3 · ‎1,011 reviews · ‎Price range: $ (Based on Average Nightly Rates for a Standard Room from our Partners)What are some of the property amenities at MGM Grand Hotel 수원 출장안마 and Casino?Which room amenities are available at MGM Grand Hotel 영주 출장안마 and Casino?

    ReplyDelete