Wednesday, April 7, 2010

Contoh-contoh soalan SPM

1.
Kata Rizal kepada isterinya;
"Engkau bagiku seperti belakang ibuku"

ungkapan di atas merujuk kepada
A khuluk C taklik
B Zihar D talak

soalan SPM K1 (2006)

2.
Suami berkata kepada isterinya:

I "Engkau bagiku seperti mata ibuku"
II "Engkau bagiku seperti belakang ibuku"
III "Engkau bagiku seperti kepala ibuku?
IV "Engkau haram bagiku seperti belakang ibuku"

Berdasarkan rajah di atas, pernyataan manakah menunjukkan lafaz zihar yang sorih (nyata)?

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

3.
Perbuatan zihar adalah haram dan berdosa besar.

i) Nyatakan maksud zihar [2 markah]
ii) Berikan satu contoh perbuatan suami yang dianggap zihar [2 markah]
iii) Terangkan empat akibat zihar terhadap suami [4 markah]
Akibat Zihar

Kesan-kesan zihar adalah seperti berikut;
  1. suami yang melakukan zihar mendapat kemurkaan Allah dan berdosa besar kerana dia telah mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah.
  2. suami isteri haram melakukan persetubuhan .
  3. perbuatan zihar menjatuhkan maruah isteri.
  4. suami wajib membayar kifarah.
Kifarah Zihar

Apabila suami melafazkan perkataan Zihar terhadap isterinya, perhubungan mereka menjadi haram sehingga suami membayar kifarah zihar. Kifarah zihar adalah mengikut tertib berikut berdasarkan Surah al-Mujadalah, 58;3-4,

1. memerdekakan seorang hamba mukmin,
2.jika tidak mampu, suami wajib berpuasa selama 2 bulan berturut-turut,
3. jika tidak mampu berpuasa, suami wajib memberi makan kepada enam puluh orang miskin dengan kadar secupak bagi setiap seorang. Makanan ini disyaratkan daripada jenis yang sah dikeluarkan zakat seperti beras.
Langkah mengelak daripada berlaku Zihar

Bakal suami dan isteri wajib mempelajari ilmu fardu Ain khususnya yang berkaitan dengan kekeluargaan sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Langkah-langkah menghindari zihar seperti berikut;

1. tidak mengikut sifat arab jahiliyah apabila marah dan berselisih faham dengan isteri seperti menyamakan isteri dengan ibunya atau mana-mana mahramnya.
2. memahami konsep zihar sebenar.
3. suami hendaklah menahan kemarahan supaya tidak tergesa-gesa menzihar isteri seperti yang diamalkan oleh orang-orang arab jahiliyah.
Rukun dan syarat Zihar

Pengertian Zihar

Menurut bahasa berasal daripada perkataan al-zuhru yang bererti belakang. Manakala dari sudut istilah, zihar bermaksud suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana perempuan mahram baginya.
Apabila seorang suami melafazkan perkataan ini, dia telah menyamakan isterinya dengan mahramnya dari segi pengharaman hubungan kelamin.
Walaubagaimanapun, ungkapan yang menyamakan anggota isteri dengan mahram dengan tujuan memuji dan menghormati isteri tidak dianggap zihar.

Monday, March 8, 2010

Zihar : Amalan Masyarakat Jahiliah

Peristiwa zihar telah berlaku pada zaman Rasulullah saw. Dalam banyak riwayat disebutkan bahawa wanita itu bernama Khaulah binti Malik b. Tsa´labah telah diperlakukan secara ‘zihar’ oleh suaminya iaitu Aus ibn Shamit dengan mengatakan kepada isterinya: “Kamu bagiku seperti belakang/punggung ibuku” dengan maksud dia tidak boleh dan tidak akan menggauli isterinya kembali, sebagaimana ia tidak boleh menggauli ibunya. Menurut adat Jahiliyah pada waktu itu, ungkapan zihar secara hukum adalah sama dengan mentalak isteri. Setelah menyesal atas ucapannya, 'Aus mengajak isterinya bersetubuh tetapi ditolak oleh isterinya. Bagi menyelesaikan masalah yang berlaku, Khaulah telah mengajukan masalah tersebut kepada Rasulullah s.a.w untuk meminta kepastian hukum tentang perilaku suaminya tersebut. Rasulullah menjawab bahawa dalam hal persoalan ini belum ada keputusan daripada Allah swt sehingga Rasulullah mengatakan: “Engkau telah diharamkan bersetubuh dengan dia”. Khaulah kembali menyampaikan persaoalannya: “Suamiku belum mengeluarkan kata-kata talak”. Berulang kali Khaulah mendesak Rasulullah supaya menetapkan suatu keputusan hukum tentang persoalan yang dihadapinya. Maka turunlah ayat ini dan ayat-ayat berikutnya yang menjelaskan secara terperinci hukum yang berkaitan zihar (surah al-Mujadalah, 58;2).